Malay

Untuk Para Freelance Trainers

Fokus kepada perkara yang 'betul' dan kurangkan runsing mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya

Untuk Para Freelance Trainers
Photo by Ben White on Unsplash

Berkerjaya dalam bidang latihan, terutamanya untuk freelance trainer, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keupayaan untuk mendapat job secara konsisten.

Ada faktor yang dalam "circle of concern".
Ada yang dalam "circle of influence".
Ada pula dalam "circle of control".

Kita perlu boleh membezakan aktiviti mana jatuh dalam kategori mana. Ini membolehkan kita menumpukan tenaga dan usaha (energy and effort) agar dapat meningkatkan peluang untuk mendapat job disamping mengurangkan risiko terlepas job.
Jadi, di mana kita patut mulakan?

Kita perlu definisikan apakah "circle of control", "circle of influence" dan "circle of concern" kita.



1. Circle of Concern

Saya mendefinisikan "circle of concern" sebagai hal-hal yang memberi kesan kepada saya dan kerjaya secara langsung, tetapi saya tiada kuasa untuk mengubahnya. Contohnya seperti, polisi HRD Corp yang menghadkan jumlah tuntutan maksima bagi program latihan pada harga RM6000 sehari. Ini sesuatu yang memberi kesan secara langsung, tetapi saya tidak dapat mengubahnya.



2. Circle of Influence

Bagi "circle of influence" pula, saya definisikan hal-hal yang memberi kesan secara langsung pada saya dan kerjaya, dan saya boleh cuba mengubahnya dengan bantuan orang lain atau dengan kuasa yang ada pada orang yang saya boleh pengaruhi.

Sebagai contoh, saya boleh persuade (memujuk) training provider (TP) untuk syorkan kepada klien agar mengambil siri program latihan bermodular berbanding topik "one off" (sekali saja). Keputusan klien boleh dipengaruhi dengan memberikan fakta-fakta atau bukti keberkesanan program latihan bermodular berbanding "one off".



3. Circle of Control

Kategori terakhir, iaitu "circle of control" pula saya definisikan sebagai hal-hal yang memberi kesan langsung dan saya boleh bertindak dengan melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Antara contoh-contohnya ialah, mengambil sijil HRD Corp TTT, perbanyakkan membaca untuk memperbaiki mutu content, menyediakan laporan agar klien senang selepas sesi training, bawa alat tulis serta training aids sendiri ke program latihan, tidak sailang klien TP dan banyak lagi.

Berdasarkan definisi ketiga-tiga kategori ini, seterusnya kita sebagai freelance trainer perlulah menilai setiap perkara untuk memastikan ianya jatuh dalam kategori mana. Kemudian, lebihkanlah jenis aktiviti dalam "circle of control" berbanding yang lain untuk mewujudkan suasana yang "favourable" untuk kita dapat tingkatkan potensi peluang mendapatkan job secara konsisten.

Fokus kepada perkara yang 'betul' dan kurangkan runsing mengenai hal-hal "circle of concern".