Malay

Fakta Menarik Tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Ketahui beberapa fakta menarik tentang pengasas roti Gardenia yang terkenal di Malaysia ini.

Fakta Menarik Tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Siapa yang tidak kenal Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang ahli perniagaan yang kaya raya tetapi dikagumi oleh rakyat Malaysia oleh kerana sifatnya yang merendah diri. 

Disini terdapat beberapa fakta menarik tentau beliau.

1. Gaji pertama beliau beliau beri kepada ibunya separuh dan separuh lagi kepada orang yang tidak mampu.
2. Beliau HANYA menggunakan sebuah kereta PROTON PERDANA kemana sahaja beliau pergi dan mempunyai seorang pemandu setia dengannya yang juga bertindak sebagai 'bodyguard' oleh kerana dia tidak mempunyai pengawal peribadi yang lain.
3. Beliau mempunyai YAYASAN AL BUKHARI dimana kebanyakan keuntungan syarikat diserahkan ke dalam yayasan ini untuk pembangunan ummah.
4. Kadangkala, beliau hanya berkain pelikat dan berselipar keluar bersiar-siar sehingga orang tak percaya itu adalah orang Melayu terkaya di Malaysia
5. Beliau banyak menyelamatkan syarikat Melayu yang kebanyakannya bankrup dan rugi teruk.
6. Beliau juga membantu umat Islam dengan pemilikan syarikat roti Gardenia bagi menjamin kesucian dan kehalalan produk tersebut.
7. Beliau banyak membina masjid dan surau tempat kita beribadat selama ini sama ada dalam negara dan luar negara.
8. Beliau seorang yang tidak sukakan populariti, jarang kita nampak beliau di kaca TV atau sebagainya malah kebaikan yang dilakukannya pun ramai tidak tahu sehingga mendatangkan fitnah seperti hari ini.
9. Beliau ada membina KOMPLEKS AL-BUKHARI di Alor Setar dan disinilah terletaknya rumah anak2 yatim, rumah orang2 Tua, tadika, sekolah, universiti dan sebagainya yang ditanggung penuh oleh beliau.
Banyak lagi sumbangan beliau kepada masyarakat, semoga beliau sentiasa sihat dan murah rezeki diatas kebaikan yang dilakukan.
https://mia-prod.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/uploads/1635132286_17523252_862425687231000_1024097965156506406_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-5&_nc_sid=9267fe&_nc_ohc=cdeXUdXQ2yYAX8fsTFo&_nc_ht=scontent.fkul10-1.fna&oh=e1b9666e3e15d3a302fc46c2f423bb36&oe=619C7682