Malay

Anak Nombor 2 Adalah Sedikit "Pelik". Fakta Atau Auta?

Anak Nombor 2 Adalah Sedikit "Pelik". Fakta Atau Auta?
Gambar oleh Robert Collins di Unsplash

Seringkali diperkatakan bahawa anak nombor 2 ini mempunyai sifat yang ganjil dan tersendiri.

Adakah ia benar ataupun hanya kebetulan?

Mari lihat apa yang dikatakan oleh segelintir masyarakat tentang anak nombor 2

1.Mereka terlalu beremosi  dan sensitif dalam segala hal.

2.Mereka terlihat seperti seseorang yang mementingkan diri sendiri.

3.Meskipun luarannya kasar, tetapi mereka amat mudah tersentuh dan menangis (tetapi dalam diam!).

4.Mereka lebih berdikari oleh kerana menjadi kebiasaannya untuk berbuat segala hal secara bersendirian.

5.Tidak mudah "blend in" oleh kerana pendapatnya yang selalu berbeza daripada ahli keluarga yang lain.

6.Mereka sebenarnya seorang yang sangat penyayang ,cuma tidak tahu cara mengekspresikannya.

7.Mereka lebih lambat bertemu jodoh oleh kerana sifatnya yang terlalu "perfectionist" dan cerewet.

8.Mereka merupakan seorang yang teratur,pembersih dan kemas.

Apa pendapat anda tentang ini?

FAKTA ATAU AUTA?

Kepada anak nombor 2, jangan ambil hati ya. Semua ini adalah pendapat segelintir masyarakat. Tidak bermaksud ianya benar 100%, mungkin kadang kala ianya adalah kebetulan!

Apa pun, sentiasa harus kita ingat, setiap anak adalah rezeki dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Itulah yang membuatkan mereka istimewa dimata ibu bapa. Sayangilah anak dengan sama rata dan berilah mereka perhatian yang secukupnya.

Jangan pilih kasih!